Sunday, July 31, 2011

Ramadhan tiba lagi!



Salam 1 Czer,

Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua ahli yang beragama Islam. Semoga kita sama-sama menghormati bulan ramadhan yang mulia ini.

Sekian.

Sunday, February 20, 2011

Baju rasmi Persatuan



Salam 1 C-ZER

Baju rasmi persatuan sudah siap dibuat dan ini merupakan baju rasmi kita yang pertama setelah mendapat sijil dari R.O.S dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli yang begitu komited untuk persatuan

Sekian
Terima Kasih
Iskandar Bmp

Saturday, February 19, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011



Salam 1 C-Zer,

Persatuan kita akan mengadakan mesyuarat tahunan ke 2 pada tahun ini. Semua ahli diwajibkan hadir dan berpakaian formal dengan baju korporat persatuan.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 4, 2010

CZER Crew 6th Anniversary & Team Building Activities


Salam 1 Malaysia,

Seperti yang kita sedia maklum, 31 Oktober merupakan hari ulang tahun persatuan kita. Pada tarikh tersebut, maka genaplah 6 tahun persatuan ini ditubuhkan dan alhamdulillah persatuan ini masih bertahan sehingga ke hari ini. Oleh itu, persatuan kita akan mengadakan satu aktiviti rekreasi iaitu aktiviti berkhemah dan Bina Pasukan atau lebih dikenali sebagai 'Team Building' disamping meraikan ulang tahun persatuan yang ke-6. Diharapkan dengan aktiviti ini, semua ahli dapat hadir dan melibatkan diri agar persatuan kita terus maju.

Tarikh : 30 & 31 Oktober 2010
Masa : 2.00petang (dari 30hb)
Tempat : Karambunai Lagoon Park
Bayaran : Akan diberitahu kemudian


Sekian, terima kasih.

To.Get.Her Aidilfitri @ Windbell, Tg. Aru



Jutaan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir ke majlis To.Get.Her Aidilfitri pada 2 Oktober lepas.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri


Menjelang Syawal yang tiba, Persatuan Kelab Rekreasi & Seni Tari Czer mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua ahli khususnya yang menyambut perayaan ini.

Sekian, terima kasih


Iskandar Bmp @ Omey

Monday, September 6, 2010

Selamat Datang Ke Laman Blog C-ZER crew

Asalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli persatuan yang menyokong blog ini.Untuk pengetahuan ahli,blog ini masih lagi dalam proses pembikinan dan memerlukan pandangan serta cadangan daripada semua ahli untuk membuat blog ini lebih menarik dan penuh dengan informasi berkaitan hal ehwal semasa persatuan. Diharapkan dengan wujudnya blog ini persatuan kita semakin maju dan berkembang untuk masa depan kelak

Sekian, terima kasih.

Iskandar Bmp @ Omey